PORTAL PTD Lantikan 1/2009
Sila LOGIN Username dan Password anda.
Sila REGISTER jika anda masih belum mendaftar menjadi ahli.

~Terima kasih dan Selamat Datang~
Very Happy
Log in

I forgot my password

HEBAHAN AKTIVITI

1. GAME FUTSAL 12 Mac 2010 (Jumaat): perlawanan antara batch PTD 1/2009 vs JPA, mohon sesiapa yg berminat diminta berhubung dengan Nik Akhtar 0197649015. Sila pakai baju warna hitam untuk team Allsparc 2. Bagi yang register di bawah team Allsparc lain, pakaian ikut team masing-masing:)

Lokasi : Thonga de futsal, dekat Jusco Equine Park
Masa : 8 - 10pm

 

----------------------------

2. LEAD Camp SKMI I, 23-25 Mac 2010

- Kepada warga PTD 1/2009 Siri 1 yang sedang mengandung/ hendak melahirkan anak/berpantang sila maklumkan kepada En. Hisham melalui emel hisham.nordin@jpa.gov.my atau telefon 03-8885 4150.


- Bagi masalah lain (selain dari dinyatakan di atas), sila berhubung terus ke Tuan Nazli.

 

----------------------------

3. PROGRAM BERSAMA KETUA PERKHIDMATAN ANJURAN PTD 1/2009, 3 APRIL 2010 (Sabtu), 9.00 pagi

- Tarikh Program bersama Ketua Perkhidmatan Anjuran PTD 1/2009 telah ditukar ke 3 April 2010. Kutipan & cara bayaran akan mula dibuat dan diumumkan pada minggu hadapan=)

 

- Lokasi yg telah ditetapkan: Taman Cabaran, Presint 20, Putrajaya. (Map will be attach later)

Latest topics
Top posters
Admin
 
kenny
 
shahrilshah
 
Nik Akhtar
 
Fairuz
 
nazihah.iryani
 
Lydia Eznie
 
zaim
 
farhan.ainuddin
 
Mukhlis.Osh
 

Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 27 on Wed 10 Mar 2010, 5:12 pm
SOCIAL NETWORKING
Click to join ptd012009
PTD 1/2009
@Yahoo Groups
Facebook
PTD 1/2009
@Facebook

Gelombang kedua H1N1 di musim tengkujuh

View previous topic View next topic Go down

Gelombang kedua H1N1 di musim tengkujuh

Post by Admin on Fri 22 Jan 2010, 9:23 am

MUSIM tengkujuh kini kembali. Amaran berjaga-jaga kemungkinan banjir telah diuar-uarkan di dalam media elektronik dan media cetak kepada penduduk terutamanya di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung sejak beberapa hari lalu.

Pada masa yang sama Malaysia turut dijangka mengalami gelombang kedua H1N1.

Pada musim tengkujuh ini penularan virus H1N1 dijangka berlaku dengan lebih cepat kerana hujan yang berterusan memudahkan orang ramai terutama sekali kanak-kanak mendapat selesema yang dikhuatiri akan bercampur dengan virus H1N1 ini.

Statistik terkini yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada 5 November 2009 , Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican seperti laporan Utusan Malaysia, menunjukkan angka kematian akibat wabak selesema babi di negara ini kekal 77 orang.

Tetapi dalam tempoh 25 hingga 31 Oktober lalu, seramai 255 pesakit baru yang mempunyai gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 213 pesakit telah dibenarkan pulang.
Akhbar tersebut juga menyiarkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah memaklumkan pengurangan jumlah kes H1N1 dengan begitu ketara iaitu daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

Meskipun keadaan di serata dunia termasuk Malaysia kelihatan stabil, namun Pengarah Besar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan telah memberi amaran bahawa virus Influenza A (H1N1) akan muncul kembali dengan serangan yang lebih kuat.

Beliau seterusnya berkata bahawa kadar kematian yang tidak menunjukkan trend peningkatan yang mendadak tidak bermakna wabak ini akan terus berakhir.

Sehubungan itu, langkah Kementerian Kesihatan mewujudkan Pasukan Pemantau Wabak H1N1 yang akan diterajui oleh Bahagian Kawalan Penyakit seperti mana diumumkan oleh Menteri Kesihatan untuk memantau situasi setiap hari dan mengesan jangkitan penyakit itu merupakan satu langkah proaktif bagi mengawal penyebaran wabak H1N1 ini terutamanya di musim tengkujuh.
Rakyat harus bergerak seiringan bersama-sama kerajaan bagi mengawal wabak H1N1 agar tidak menjadi lebih serius dan menjadi ancaman kepada semua sehingga kerajaan perlu pula mengumumkan wabak ini sebagai "darurat kesihatan".

Tidak ada gunanya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sahaja yang dilihat bersungguh-sungguh menangani wabak ini.

Semua hospital diarah menyediakan cukup peralatan termasuk katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat. Tetapi pada masa yang sama, rang ramai masih bersikap acuh tak acuh tentang wabak ini.

Harus diingat sekiranya orang ramai masih memandang remeh, kesannya boleh membawa maut sekiranya lambat mengesan dan memberi suntikan kepada mangsa (pesakit) H1N1.

Hebahan demi hebahan telah dibuat melalui media massa dan media elektronik untuk menyedarkan orang ramai berkaitan wabak ini dan langkah-langkah kawalan yang perlu diambil.

Namun jika diperhatikan di kawasankawasan yang mempunyai risiko terdedah kepada jangkitan seperti stesen-stesen bas, pusat membeli-belah, kenderaan-kenderaan awam dan majlis-majlis keramaian, orang ramai yang memakai topeng perlindungan amatlah kurang dan boleh dibilang dengan jari.

Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab dan media masih belum mampu menyemai kesedaran kepada majoriti rakyat.

Di sekolah pun amat kurang pelajar yang memakai topeng ketika ini berbanding dengan musim awal penularan wabak H1N1 dan laporan kematian tersiar di dada-dada akhbar saban hari.

Orang ramai masih bersikap tunggu dan lihat. Namun janganlah sampai "sudah terantuk, baru terngadah".
Sepatutnya perlu ada usaha bersungguh-sungguh di kalangan orang ramai seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani penularan virus ini.


Shocked
Laporan oleh:
Kelab Komunikasi & Penerbitan

Admin

Posts: 160
Tarikh menjadi ahli: 2009-10-10
Umur: 26
Lokasi sekarang: Pusat Bandar Damansara, KL

http://weetabixcikur.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum